Ya, saya rasa mahu kahwin esok juga - Hun Haqeem - Utusan Malaysia

Ya, saya rasa mahu kahwin esok juga – Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, tidak berselindung memiliki hasrat mahu mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Menurut Hun atau Hun Haqeem, 27, walaupun belum mempunyai calon, keinginan itu bertambah kuat selepas dia dikelilingi rakan selebriti yang sering berkongsi pengalaman suka dan duka dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Boleh dikatakan setiap hari di set penggambaran drama Mandul Bukan Pilihan, saya bersama mereka (pelakon), saya rasa macam saya nak kahwin esok juga. Sebab saya tengok mereka gembira dan kadang-kadang berbual tentang anak.

“Semua pun begitu, Abang Ashraf Muslim, Mira Filzah, Ayda Jebat, semuanya cerita pasal ‘baby’. Jadi secara jujurnya, itulah keindahannya.

“Ya saya rasa mahu berkahwin dan saya rasa generasi baru sekarang ini kena rasa perasaan itu kerana inilah keindahan perkahwinan. Perkahwinan tak hanya penuh kemanisan tapi kesusahan juga sesuatu yang indah,” katanya.

Hun berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media drama Mandul Bukan Pilihan di TGV KLCC, di sini, semalam.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pengalamannya berlakon dalam Mandul Bukan Pilihan, Hun tidak mempunyai masalah sepanjang menjayakan naskhah ini kerana dikelilingi pelakon hebat di set.

Walaupun pelakon gandingannya sudah berumah tangga, Hun tidak berasa kekok dan profesional menjayakan karakter masing-masing.

“Sudah tentu kita ada batasan dalam lakonan dan Alhamdulillah kita ada abang Osman Ali sebagai pengarah di set jadi kami serahkan kepadanya bagaimana mahu menggarap cerita ini. Kita sebagai pelakon kena sedar ruang dan waktu, jadi kita kena profesional di set.

“Jadi saya diberikan bergandingan dengan pelakon profesional dan saya merasakan barisan pelakon dalam drama ini sangat hebat, di mana masing-masing tahu kerja masing-masing dan kita tahu mereka juga ada magis sendiri. Itu sebab masing-masing ada nama yang dikenali.

“Bekerjasama dengan mereka, adalah pengalaman yang berharga,” katanya.

Drama Mandul Bukan Pilihan mengangkat isu kesuburan dalam kalangan wanita dan bagaimana sebuah perkahwinan itu diuji dengan kehadiran orang ketiga. Drama ini akan mula menemui penonton bermula 14 Julai ini di Astro Ria. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN