Warga emas rugi RM11,030 diperdaya 'pegawai polis' palsu - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM11,030 diperdaya ‘pegawai polis’ palsu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas kerugian RM11,030 selepas terpedaya dengan helah panggilan video WhatsApp daripada individu menyamar sebagai pegawai polis palsu pada 10 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa telah menyerahkan kesemua barang kemas miliknya kepada pegawai polis palsu di sebuah stesen minyak di sini bagi menggelakan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dengan jenayah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata, bertindak atas maklumat pihaknya berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

“Kita tahan suspek kurang dari 24 jam selepas menerima aduan daripada mangsa. Hasil serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan berkaitan untuk dijadikan bahan bukti.

“Siasatan mendapati suspek telah menjual barang kemas yang diperoleh hasil penipuan dan mengambil sebahagian wang jualan tersebut sebagai upah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamal Azural memberitahu, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan serta denda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas selepas perbicaraan berlangsung hari ini.

Katanya, semasa perbicaraan berlangsung lelaki itu telah mengaku bersalah diatas pertuduhan tersebut.

Kama Azural berkata, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan segera merujuk kepada pihak polis sekiranya menerima sebarang panggilan mencurigakan yang melibatkan dakwaan jenayah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN