Warga Bangladesh didakwa cabul jururawat di dewan bedah

Warga Bangladesh didakwa cabul jururawat di dewan bedah

BOKHARI Abu Boshir Mohammad didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jururawat wanita. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN MISKON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang tukang cuci warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jururawat wanita, bulan lalu.

Tertuduh, Bokhari Abu Boshir Mohammad, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat mencabul kehormatannya di Dewan Bedah 4, Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 8.30 malam pada 9 Jun 2025.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd. Rodzlad mencadangkan jaminan RM20,000 dan memohon syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana menanggung tujuh adik-beradik di negara asal dan dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan yang menetap di Melaka berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Bukit Baru setiap bulan, dilarang mengganggu mangsa dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN