SEREMBAN: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) didenda RM1,800 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memijak seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada 15 Julai lalu. Hakim Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS), Norwinna Ahmad Norwi, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut. Mengikut pertuduhan, OKS telah didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan memijak mangsa pada bahagian muka dan kaki.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya