MELAKA: Seorang wanita yang hamil lima bulan dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menyamun seutas rantai emas bernilai RM12,000, Mei lalu. Hakim, Haderiah Siri membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan rompak dengan cara merampas seutas rantai tangan emas bernilai RM12,000 dari tangan seorang wanita berusia…