PETALING JAYA: Seorang pegawai penguat kuasa direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM8,000 semasa bertugas di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penahanan lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dibuat kira-kira pukul 3 petang semalam di tempat suspek bertugas. “Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima wang rasuah tersebut ketika sedang bertugas dan perbuatannya dikesan melalui pemantauan kamera litar tertutup (CCTV). “Hasil…










