BESUT: Keluarga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang terkorban dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (URTB), Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu kembali ‘menutup’ rumah mereka kerana bakal mengerjakan umrah. Bapa dan ibunya, Azman Mohamad, 63, serta Kamariah Abdul Latif, 60, dijadual berangkat ke tanah suci pada pertengahan Ogos ini. Azman berkata, keluarganya bercuti selama sebulan bermula 1 Ogos untuk membuat persiapan mengerjakan ibadah umrah. …