Tun M cabar Anwar bubar Parlimen sekarang

Tun M cabar Anwar bubar Parlimen sekarang

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum segera bagi mengetahui sama ada mempunyai sokongan majoriti rakyat atau tidak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan membubarkan Parlimen adalah lebih berani daripada mencabar pembangkang mengemukakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.

Dakwanya, sekalipun usul tidak percaya dikemukakan, Ahli parlimen yang menyokong Perdana Menteri amat takut dengan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka jika memberikan sokongan.

“Ada antara penyokong Anwar yang akan kena penjara jika tidak diselamat oleh Anwar. Ada juga yang akan hilang peruntukan jika tidak sokong Anwar.

“Wakil rakyat yang sokong Anwar sokong kerana takut. Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam Parlimen.

“Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran,” katanya dalam satu hantarannya di media sosial hari ini

Dr. Mahathir berkata, sekiranya PRU diadakan, Anwar akan tahu sekiranya mendapat sokongan rakyat mahu pun tidak.

“Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM (Perdana Menteri) kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.

“Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah Parlimen dan adakan PRU sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN