Trofi Pelakon Lelaki Terbaik tidak sah? Hilal Azman serahkan kepada penerbit untuk jawab - Utusan Malaysia

Trofi Pelakon Lelaki Terbaik tidak sah? Hilal Azman serahkan kepada penerbit untuk jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Hilal Azman tidak mengetahui dakwaan mengenai trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-61 yang dimenangi pada Februari lalu di Macau, China datang daripada festival yang tidak diiktiraf.

Ujar Hilal atau Nor Hilal bin Abdullah, 68, dia percaya penerbit filem Memori, Creative Stew Sdn. Bhd lebih layak untuk menjawab sebarang spekulasi mengenai isu ini.

Saya tidak tahu mengenai dakwaan trofi tidak sah itu dan tidak berani untuk cakap. 

“Perkara itu biarlah dijawab sendiri oleh pihak penerbit kerana mereka lebih layak. Saya gusar ada tersilap cakap,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini timbul kekeliruan apabila terdapat dua festival filem menggunakan nama sama dengan senarai pemenang berbeza. 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Federation Motion Producer in Asia Pacific (FDA), Panchacharam Nalliah menjelaskan Festival Filem Asia Pasifik ke-61 yang sah hanya diadakan di Genting Highlands pada 29 November hingga 1 Disember 2024. 

Menurut Pengerusi Penganjuran Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61, Aron Koh, pihaknya kecewa dengan kekeliruan yang timbul dan menyifatkan festival filem yang menggunakan nama sama di China sebagai palsu dan tidak diiktiraf.

Terdahulu, Datuk Hilal Azman berkongsi kepada media kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-61 menerusi lakonannya dalam filem Memori.

Hilal mengalahkan pesaing terdekat untuk kategori itu daripada Jepun, Filipina dan China. Penghargaan itu juga merupakan anugerah terbesar yang diperolehnya selepas 46 tahun dalam industri seni. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN