Tragedi Putra Heights: Kerajaan digesa adakan sidang khas bukan taklimat

Tragedi Putra Heights: Kerajaan digesa adakan sidang khas bukan taklimat

Putra Heights
NURUL Syazwani Noh (tengah,barisan kedua) bergambar bersama perwakilan dan tetamu pada Majlis Mesyuarat Parti Bersatu Bahagian Tanjong Karang, dekat Kampung Belimbing, Permatang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor didakwa belum memberikan jawapan konklusif kepada insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya walaupun laporan siasatan dan teknikal didedahkan kepada umum melalui sidang akhbar pada Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor supaya wujud komunikasi dua hala bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada ADUN.

“Antara kegagalan kerajaan negeri ataupun Persekutuan kerana isu paip gas meletup, sudah lebih tiga bulan masih lagi belum ada satu jawapan yang konklusif walaupun agensi kerajaan sudah memberi jawapan yang saya hendak sebut pun malu sebab kenapa paip itu meletup.

“Tetapi kami sebagai ADUN pembangkang memohon dan menggesa supaya diadakan Sidang DUN Khas kerana kami ingin bertanya isu yang masih belum dijawab, tetapi Menteri Besar katakan satu sesi taklimat esok. Sesi taklimat bukan jawapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Parti Bersatu Bahagian Tanjong Karang, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ADUN dan Ahli Parlimen negeri ini akan diberikan taklimat insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya akan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, esok.

Difahamkan taklimat tersebut akan diadakan selepas hari pertama Sidang DUN Selangor esok, pada pukul 4.30 petang.

Sementara itu, ADUN Permatang, Nurul Syazwani Noh mendakwa, pembangkang sudahpun menyediakan petisyen yang ditandatangani penduduk dan mendesak supaya sidang khas diadakan bagi membincangkan isu tersebut.

“Insiden itu bukan isu kecil. Jadi kalau kita dah boleh cakap di dalam sidang DUN, dokumen itu sendiri dokumen rasmi dan hansard, kenapa perlu ada taklimat pula sedangkan kita semua rasa kita semua sudah ada laporan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sendiri, kan?

“Apa yang kita tak bahaskan dia dalam sidang DUN seperti mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Ketua Pembangkang Selangor) minta buat sidang khas? Perikatan Nasional (PN) sendiri ada menghantar usul berkenaan dengan laporan khas itu,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN