BESUT: Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau tidak berhasrat bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi dalam Pas kerana tugas dan tanggungjawab sebagai Naib Presiden parti itu yang dipikulnya ketika ini sudah cukup berat. Menteri Besar Terengganu itu berkata, justeru tidak timbul beliau mahu jawatan-jawatan lain pada pemilihan parti berkenaan sempena muktamar tahunan Pas di Kedah, September ini. “Saya telah beritahu sebelum ini, jawatan yang ada sekarang Ini (Naib Presiden) bagi…