Tidak keperluan dua Timbalan Presiden

Tidak keperluan dua Timbalan Presiden

MOHD. Amar Nik Abdullah bersalaman dengan orang ramai selepas selesai menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persoalan sama ada perlu wujud dua Timbalan Presiden Pas bukan isu ketika ini, namun apa yang dipersoalkan adalah sama ada jawatan itu akan dipertandingkan dalam pemilihan sempena Muktamar Pas Kali Ke-71, September ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, persoalan itu terlalu jauh ke hadapan sedangkan beliau sendiri belum tentu layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun namanya dicalonkan.

“Andaian itu (dua timbalan presiden) sudah terlalu terkehadapan dan saya sendiri belum tentu bertanding kerana setakat ini hanya ada satu pencalonan daripada Pas Kawasan Pengkalan Chepa. Satu pencalonan tidak cukup.

“Dalam Pas ada syarat-syarat tertentu, termasuk berapa banyak pencalonan diperlukan untuk melayakkan seseorang bertanding jawatan utama Pas Pusat. Boleh rujuk dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa menganggap tidak berbangkit isu pertandingan Timbalan Presiden apatah lagi keperluan mewujudkan dua jawatan itu.

“Sebab apa nak ada sampai dua Timbalan Presiden parti dan kalau mahu saya buat andaian, saya lebih selesa buat andaian tidak berlaku pertandingan bagi jawatan itu. Tidak pernah berlaku Pas mempunyai dua Timbalan Presiden.

“Jawatan itu juga sudah banyak kali dipertandingkan. Malah saya sendiri pernah bertanding melawan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Mohamad Sabu dan kalah. Tetapi saya tidak keluar parti, apatah lagi menubuhkan parti baharu,” katanya.

Katanya, satu-satunya perpecahan pernah berlaku adalah ketika Mohamad kalah kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 2015 yang bertindak keluar Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN