DUNGUN : Tiada unsur jenayah dalam kes seorang kontraktor yang ditemukan mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dan pergelangan tangan, berhampiran kawasan pembinaan rumah teres di Taman Madani, Bandar Al Muktafi Billah Shah, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, semua barangan peribadi mangsa termasuk dompet, telefon bimbit dan kenderaan tidak hilang serta tidak diselerakkan. “Hasil pemeriksaan bedah siasat yang dilakukan malam tadi oleh pakar forensik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu turut mengesahkan punca kematian mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya