Ternakan puyu hibrid jana pendapatan penduduk

Ternakan puyu hibrid jana pendapatan penduduk

RUZAINI Rais (kanan) dan Mohamad Azhar Sudin (dua dari kanan) menunjukkan ikan puyu hibrid yang diternak di Kampung Dato’ Kayaman, Padang Besar, Perlis semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Projek Ternakan Ikan Puyu Hibrid di Kampung Dato’ Kayaman di sini  membolehkan penduduk setempat menjana pendapatan tambahan di samping membantu golongan memerlukan. 

Projek yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) menjadi sebahagian usaha dalam menjadikan kawasan itu sebagai antara pengeluar ikan puyu hibrid terbesar di negeri ini. 

Pengurus projek, Mohamad Azhar Sudin, 32, berkata, buat masa ini, sebanyak 10,500 ikan puyu hibrid hitam dan emas diternak komuniti untuk dikomersialkan kepada orang ramai. 

“Untuk ikan puyu hibrid emas, kami dapat komersialkan mengikut dua kaedah iaitu sebagai ikan segar dan ikan hiasan malah harga pasarannya juga berbeza,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohamad Azhar berkata, pihaknya menganggarkan ia mampu menjana pendapatan antara RM20,000 hingga RM30,000.

Pengerusi Komuniti Kemas Padang Besar, Ruzaini Rais berkata, projek dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) berjumlah RM100,000.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja membantu mengembangkan ekonomi penduduk setempat tetapi mengurangkan bebanan kewangan dihadapi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN