Terima tempahan tinggi bukti Aveta setanding jenama luar

Terima tempahan tinggi bukti Aveta setanding jenama luar

RASHIDI Zinol (empat dari kanan) menyerahkan replika kunci motor kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Aveta Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya 10,000 tempahan bagi dua skuter keluaran terbaharunya iaitu Nova 160 dan Vanguard 250 untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Urusannya, Steven Lim berkata, jumlah tempahan yang tinggi membuktikan bahawa jenama tempatan itu masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia pada ketika ini.

“Sambutan yang kita terima untuk dua jenama ini memang di luar jangkaan dan ia amat membanggakan.

“Sekarang (tempahan) sudah cecah 10,000. Daripada jumlah itu pula, kita sudah agih kepada penerima antara 3,000 hingga 4,000 motosikal.

“Produk (skuter) ini baru sahaja dilancarkan dan masih ada tempahan yang kita terima. Jadi, pengagihan akan dibuat secara berperingkat selepas ini,” katanya pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 di sini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol dan Pengarah Urusan CKT Motors, Stone Khoo.

Majlis itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR) kerana ini merupakan kali pertama sebuah kilang motosikal bekerjasama dengan kedai menjual kenderaan tersebut untuk membuat pengagihan secara besar-besaran kepada penerima.

STEVEN Lim (kiri), Rashidi Zinol (tengah) serta Stone Khoo (kanan) bersama sijil Malaysia Book of Records (MBOR) pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah program amal untuk golongan asnaf iaitu pemberian sumbangan barang keperluan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Dalam pada itu, Lim memberitahu, Aveta akan memberi tumpuan terhadap penjualan skuter sahaja sepanjang tahun ini berbanding motosikal kategori lain khususnya moped.

“Pasaran (motosikal) sekarang pun sudah berubah kerana lebih ramai orang berminat untuk menggunakan skuter disebabkan lebih senang dan mudah kerana ia menggunakan gear automatik sahaja,” ujar beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN