Tahap kesedaran wakaf tunai masih rendah

Tahap kesedaran wakaf tunai masih rendah

RIDZWAN BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tahap kesedaran amalan wakaf tunai di negara ini masih rendah walhal ia memberi banyak manfaat kepada pemberi dan penerima wakaf itu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr. Ridzwan Bakar berkata, ramai mengganggap wakaf tunai ini sama seperti amalan sedekah sedangkan ia adalah satu bentuk proses jangka panjang pembangunan ekonomi dan pembangunan aset.

“Saya ambil contoh, kalau kita promosikan wakaf biasiswa sambutannya masih rendah jika dibandingkan kita buat wakaf Al-Quran. Kenapa wakaf Al-Quran boleh mencapai lebih RM1 juta setahun, malah dalam sebulan pun boleh
capai.

“Ini kerana orang masih anggap wakaf itu adalah agama,” katanya ketika ditemui pada majlis simbolik penyerahan cek cura agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia 2024 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, sebanyak lapan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersetuju menggunakan kod potongan gaji wakaf YMW di mana ia memudahkan penjawat awam Persekutuan dan negeri berwakaf secara konsisten.

Ridzwan berkata, agihan wakaf tunai itu kemudian akan disalurkan terus kepada MAIN masing-masing secara suku tahunan.

Menurutnya, MAIN terlibat ialah Kedah, Johor, Terengganu, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perlis.

“Ketika ini, dana wakaf tunai diagihkan kepada empat sektor iaitu kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan pendidikan.

“Sebagai contoh, kalau nak buat sebuah hospital wakaf, dana diperlukan boleh mencecah RM270 juta. Hasrat kita kalau boleh setiap negeri akan ada sebuah hospital wakaf.

“Malah, kita dah buktikan dimana tahun lalu kita dah buka sebuah hotel wakaf di Terengganu dan ia tersenarai sebagai hotel 25 terbaik di Malaysia. Kalau kita boleh buktikan benda itu berjaya maksudnya wakaf tunai itu pun boleh berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN