KUALA LUMPUR: Penampilan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang menyarungkan kostum adiwira Superman sempena majlis sambutan hari lahir anak-anak Bella Astilla, Ayden Adrean dan Ara Adreanna mencuri perhatian warganet.
Rata-rata netizen terharu dengan keterbukaan Syed Saddiq hadir ke majlis tersebut dengan mengikut tema untuk meraikan hari istimewa anak-anak pelakon berkenaan. Video sambutan majlis hari jadi tersebut menerima lebih 1 juta tontonan di TikTok.
“Bella menghadirkan banyak pembaharuan dan kegembiraan dalam hidup Syed Saddiq,” komen netizen.
“Tengok kesungguhan Syed Saddiq ini memang pasti nasi minyak,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.
Dalam pada itu, netizen turut tidak ketinggalan mendoakan agar Syed Saddiq dan Bella Astillah segera disatukan sebagai suami isteri.
“Semoga dipermudahkan urusan kalian ke arah halal. Kami rakyat sanggup menunggu,” komen netizen.-UTUSAN