Syarikat telekomunikasi perlu segera baiki kabel tercabut, rosak elak dicuri

Syarikat telekomunikasi perlu segera baiki kabel tercabut, rosak elak dicuri

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kesemua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi digesa segera membaiki kabel-kabel komunikasi yang tercabut atau rosak di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kabel yang rosak dan tercabut tanpa dibaiki akan mendatangkan risiko kecurian dan bahaya keselamatan awam.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa langsung terhadap infrastruktur tersebut, namun kami menyeru semua penyedia telco agar segera memantau dan membaikinya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian sebenar akibat isu kabel tercabut bagaimanapun belum diketahui pihaknya.

Sementara itu, Menteri Besar menyeru semua premis kerajaan, swasta dan kediaman agar mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Aminuddin berkata, bendera yang uzur, koyak atau luntur perlu diturunkan dan diganti bagi memelihara imej hormat terhadap lambang negara.

“Pengibaran bendera Negeri Sembilan turut digalakkan sepanjang tempoh tersebut sebagai simbol identiti dan jati diri rakyat negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN