Suami isteri jual video lucah di media sosial ditahan

Suami isteri jual video lucah di media sosial ditahan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis dipercayai terlibat kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi sosial.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 tahun ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melalui Op Noda di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira pukul 8 malam, semalam

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, melalui serbuan terbabit, siasatan awal mendapati kedua-dua pasangan suami isteri terbabit yang mempunyai empat anak terlibat dengan aktiviti menjual video lucah melalui aplikasi Telegram selain menawarkan kegiatan persundalan sejak Jun 2024.

Katanya, suspek lelaki dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan langganan pelacuran daripada mana-mana pelanggan atau pengikut

“Suspek menyasarkan pelanggan-pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek dengan menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan.

“Bayaran yang dikenakan untuk penjualan video lucah dalam aplikasi Telegram bagi ‘Private Channel Limited Content’ ialah sebanyak RM50, manakala ‘Private Channel VVIP Unlimited Content’ sebanyak RM150,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang.

Jelasnya, wanita terbabit pula dipercayai berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan jualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam setiap video tersebut.

“Suspek dikatakan mendapat pendapatan sehingga RM6,400 seminggu.

“Kita turut merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, tiub pelincir (1 unit), tisu basah (1 peket), sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN