SEOUNG GI HUN, peserta 456 mengulang empat kali perkataan ‘manusia’ sebagai kalimah
terakhirnya. Pertama untuk kekecewaan, prinsip, manakala dua yang lain sebagaiperingatan kepada Front Man -mendengar di belakang kaca.
Gi Hun bersendirian ketika cuba menyelamatkan 455 peserta lain daripada mati di tangan sistem.
Daripada mata yang menyala, ada kelelahan dan kesendirian bila tekadnya diperjuangkan seorang. Oleh itu, Gi Hun akan mempercayai sesiapa saja yang (nampak) bersetuju dengan perjuangannya.
Lelaki itu tidak menyangka, seorang jejaka yang muncul sebagai kawan, bersumpah mahu menumpaskan sistem Squid Game bersama-sama rupanya duri di dalam daging. Ternyata musuh sebenar berada di depan mata.
Squid Game 3 masih berbahas tentang sekumpulan manusia yang tamak mahukan wang ganjaran. Tapi kali ini juga menunjukkan satu lagi sisi tamak iaitu Front Man yang mahu kekal duduk di tampuk
kuasa dan dikelilingi orang kaya. Di Squid Game, hanya dia boleh menjadi wira.
Ketika dia melihat ada seorang lagi wira mahu memberontak pula, egonya membara. Tapi Front Man lebih bersedia, dia kenal siapa musuhnya. Berbanding Gi Hun yang dalam ingatan dan maklumat serba
samar, dia hanya mahu menumpaskan ‘seseorang yang duduk di atas’.
Tamak dipanggil ‘cardinal sin’ dalam Kristian, Nabi pula berpesan tamak menghancurkan umat sebelum
dan memadam hikmah. Falsafah Yunani menyebutnya ‘pleonexia’- rasa tidak puas melampau yang akan menenggelamkan sifat adil. Tapi seperti dalam Squid Game, Front Man bukan kisah siapa yang
mati.
Rasa kasihan mungkin ada kepada Gi Hun, tapi tetap, dia harus mati. Front Man, orang nombor satu
di tampuk kuasa membenarkan kata Socrates bahawa ketika di puncak kuasa, ada keinginan yang
tetap tidak puas menyebabkan seseorang menjadi ganas. Pergi mati dengan segala moral, hikmah,
persahabatan, janji dan sumpah.
Saya melihat bagaimana pengarah Hwang Dong-hyu sukar mengakhiri Squid Game. Dia cuba
mengembangkan plot misalnya tentang Hwang Jun Ho dan abangnya Mungkin pengarah mahu
menunjukkan ada banyak usaha menumpaskan kuasa, tapi gagal. Cuma sayang, ia tidak dibina dengan baik sehingga watak itu ada atau tidak, tidak memberi kesan.
Peserta 456 sempat melihat bukti tempat permainan Squid Game diletupkan. Tapi dia tahu, keganasannya akan tetap berulang seperti roda. Nasib bayi yang diselamatkan mungkin penerus
kepada kesialan serakah orang kaya.
Juga Gi Hun tahu, yang lebih sakit bukan batu besar yang menghalang di perjalanan, tapi
kerikil kecil yang melekat di dalam kasut, menusuk kakinya diam dan tajam.