Siti Saleha hamil anak pertama - Utusan Malaysia

Siti Saleha hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak lagi berahsia, pelakon jelita, Siti Saleha mengumumkan dia dan suami, Joshua Fitton bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Saleha atau atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, bagaimanapun tidak berkongsikan maklumat terperinci mengenai usia kandungannya.

“Kami sudah lama menyimpan satu rahsia. Josh (suami) makan terlampau banyak dan dia semakin kembung.

“Jadi saya fikir mahu samakan perutnya dengan ‘bump’ saya,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Saleha turut memuat naik videonya memeluk erat suaminya, Joshua sambil melayangkan imbasan ultrasound bayi mereka ketika bercuti di sebuah pusat peranginan.

Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian tersebut telah dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti dan netizen di ruangan komen.

“Alhamdulillah, tahniah buat anda berdua,” kata pelakon Hanna Delisha.

“Tahniah sayang! Saya gembira untuk awak Saleha. Semoga Allah permudahkan perjalanan awak,” komen penyanyi, Shila Amzah.

“Tahniah, masa yang tepat untuk hidup bertiga,” tulis seorang netizen.

Sebelum ini, Siti Saleha memaklumkan belum bersedia mengulas spekulasi dirinya kini sedang berbadan dua selepas tular satu video menunjukkan seakan-akan dia mempunyai ‘baby bump’ ketika mengenakan busana hitam ketika dalam sebuah acara filem.

Saleha bagaimanapun memaklumkan dirinya bakal bercuti panjang selepas penggambaran drama Bad Cop selesai dijalankan bagai tidak menafikan khabar angin dirinya sedang hamil.

Terdahulu, Siti Saleha dan Joshua juga pereka fesyen diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada Februari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN