PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan diarahkan menyiasat sebuah kumpulan yang didakwa menyebarkan ajaran sesat secara halus melalui program kerohanian dan motivasi rumah tangga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan elemen keagamaan untuk tujuan memesongkan akidah umat Islam. “Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Jakim dan Mufti Wilayah Persekutuan menyiasat kumpulan ini. Kita tidak mahu ada pihak berselindung di sebalik nama agama untuk mengembangkan ajaran sesat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya