Shea LaBeouf, bekas kekasih selesai luar mahkamah - Utusan Malaysia

Shea LaBeouf, bekas kekasih selesai luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, FKA Twigs bertindak menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap kes penderaan membabitkan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Shea LaBeouf.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang diperolehi portal Page Six, pengguguran tersebut dibuat penyanyi berusia 37 tahun itu dua bulan sebelum perbicaraan dijadualkan bermula September ini.

“Kami sepakat menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

“Kami mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan masing-masing di masa akan datang,” kata bekas pasangan kekasih itu dalam kenyataan yang dikongsikan peguam kepada portal tersebut.

Twigs Disember lepas mendakwa Shea sebelum ini beberapa kali mengasari dan memberi tekanan kepadanya.

Selain dipukul, penyanyi tersebut juga mendakwa dia dijangkiti penyakit kelamin yang dibawa pelakon Transformers itu.

Terdahulu Twigs dan Shea mula mengenali satu sama lain apabila keduanya bersama-sama membarisi filem Honey Boy pada tahun 2018.

Mereka bagaimanapun menjalinkan hubungan istimewa selepas penggambaran filem berkenaan berakhir.

Untuk rekod LaBeouf pernah berkahwin dengan Mia Goth pada 2016. Mereka bagaimanapun berpisah dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Isabel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN