Senarai barang pelik milik artis - Utusan Malaysia

Senarai barang pelik milik artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA duit dalam genggaman sudah mampu memenuhi keperluan, semestinya seseorang akan beralih untuk memuaskan apa sahaja keinginan mereka. 

Begitu juga dengan apa yang dilakukan para selebriti popular di Hollywood. Dengan puluhan juta ringgit pendapatan untuk sebuah projek, wajarlah para selebriti kelas A ini membeli apa sahaja bahkan barangan yang kedengaran tidak masuk akal. 

Berikut kami senaraikan antara selebriti dengan pembelian barangan pelik mereka.

 LADY GAGA BELI ALAT PENGESAN HANTU

RAMAI peminat tidak tahu Lady Gaga sebenarnya pernah membelanjakan USD 50,000 (RM 211,425) untuk membeli alat pengesan hantu yang dipanggil Medan Magnet Elektronik. 

Ceritanya bermula apabila Lady Gaga mendakwa dia diganggu hantu bernama Ryan.

Bukan itu sahaja, dia pernah mengupah pasukan penyiasat aktiviti paranormal untuk mencari roh itu di setiap konsertnya.

KESHA GILA GLITTER

PENYANYI Kesha lain pula ceritanya apabila sangat menggilai glitter. Dia ada hobi berguling di atas glitter selepas mandi dengan air bir sehingga kulitnya pernah mengalami ruam. 

Dalam satu temu ramah, Kesha mengakui menghabiskan ribuan dolar untuk memastikan lokasi tempat dia membuat persembahan akan dipenuhi glitter. 

Oleh itu dia pernah membeli senapang khas untuk menembak glitter ke udara.

MIKE TYSON BELI TAB MANDI MEWAH

PELAKON dan atlet tinju ini pernah mencuri tumpuan apabila membeli tab mandi mewah bernilai USD 2.5 juta (RM10.4 juta) sebagai hadiah kepada bekas isteri, Robin Givens. 

Ketika itu, dianggarkan pendapatan atlet itu sekitar USD 430 juta semasa masih aktif berlawan dalam gelanggang. 

Namun tidak lama selepas itu dia disahkan bercerai selain berhasrat menjual kembali tab mandi tersebut. 

Namun begitu, ada hartawan lain berpendapat Tyson mungkin tersalah beli sebab harga tab mandi tersebut hanyalah USD 1.2 juta sahaja.

BEN AFFLECK BELI TANDAS BERTATAH PERMATA

BEN Affleck pernah membelikan bekas isterinya, Jennifer Lopez sebuah tandas yang diperbuat daripada batu permata berharga USD 105,000 (RM 444,000). 

Walaupun perkara itu mengejutkan ramai, namun ia bukan perkara aneh kerana rumah agam mereka di Beverly Hills ketika itupun sudah berharga USD 60 juta. 

Rumah itu mempunyai 12 bilik tidur, 24 bilik mandi, garaj memuatkan 12 kereta dan lif. Namun apakan daya, mereka pun sudah bercerai pada 2024.

NICOLAS CAGE BELI TENGKORAK DINASOUR

PELAKON dan penerbit, Nicolas Cage sempat menjadi perbualan apabila pernah membeli tengkorak dinosaur berharga USD 276,000 (RM 1.1 juta) di sebuah acara lelongan. 

Namun begitu, selepas Cage berjaya memiliki tengkorak spesis Tyrannosaurus itu, dia dimaklumkan bahawa tengkorak itu diperoleh daripada sumber pencurian. 

Maka Cage, akhirnya memulangkan kembali tengkorak itu yang asalnya dimiliki kerajaan Mongolia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN