KANGAR: UMNO tidak menghalang sebarang perhimpunan yang menjadi hak semua pihak termasuk pembangkang, namun apa lebih penting mereka perlu tertib dan menjaga keamanan serta keharmonian. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perhimpunan adalah hak semua pihak dalam negara demokrasi yang menjunjung Perlembagaan. Katanya, semua parti sudah merasai menjadi kerajaan dan apabila ketika ini mereka menjadi pembangkang ingin berhimpun atas apa jua nama, perlu diterima. Ujarnya, semua pihak…