‘Saya tidak dijemput’

‘Saya tidak dijemput’

ANWAR Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas elepas menyampaikan ucapan penggulungan pada akhir Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri edisi ke-50 di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengesahkan beliau tidak akan hadir melawat perhimpunan “Turun Anwar”  pada hari ini.

“Saya tidak dijemput,” katanya secara ringkas kepada pemberita  selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada akhir Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri edisi ke-50 disini hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, peserta Himpunan Turun Anwar dari lima lokasi di ibu negara hari ini mula berarak ke lokasi utama di Dataran Merdeka pukul 2 petang tadi Kesemua mereka berarak sambil melaungkan slogan  ‘Turun Anwar’ , ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bangkit Rakyat’ sambil membawa pelbagai sepanduk dan poster.

Keadaan bagaimanapun terkawal dengan peserta bergerak secara beramai-ramai mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pihak berkuasa.

Para peserta ‘Himpun Turun Anwar’ hari ini diingatkan agar mematuhi undang-undang sedia ada agar ketenteraman dan keselamatan negara tidak tergugat. 

Polis menganggarkan seramai 10,000 hingga 15,000 orang bakal menyertai perhimpunan tersebut yang dijangka bermula kira-kira pukul 2 petang di Dataran Merdeka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN