Saya masih dalam rawatan, mungkin akan kembali botak - Elyana - Utusan Malaysia

Saya masih dalam rawatan, mungkin akan kembali botak – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Elyana mengesahkan dirinya masih lagi menjalani rawatan kemoterapi bagi mencegah kanser selepas memuat naik foto dirinya berimej botak, baru-baru ini.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 38, bagaimanapun memberitahu foto tersebut bukanlah imej terkininya selain memberi gambaran bahawa dirinya akan kembali botak tidak lama lagi kerana kesan sampingan rawatan tersebut.

“Terima kasih untuk segala doa dan ucapan yang baik. Saya masih lagi dalam rawatan (kemoterapi). Sekarang rambut saya sudah tumbuh dan mungkin akan kembali botak.

“Seperti inilah kehidupan saya dari dulu. Bertukar-tukar rupa enam bulan sekali. Dah macam makhluk asing.

“Inilah kehidupan realiti saya sejak 13 tahun yang lepas. Terima kasih sekali lagi untuk semua kebaikan anda,” katanya menerusi ruangan komen perkongsian di Instagram.

Meskipun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai kondisinya terkini, Elyana turut memberi gambaran seolah dirinya sedang berjuang menyembunyikan segala kesakitan.

“Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita tahu. Bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.

“Pesanku untuk teman seperjuangan, kau berharga dan cukup layak selalu dirayakan. Tidak peduli dalam kurang atau lebihmu, tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghinamu tidak baik

“Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku daripada mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu selain mendoakan kesembuhan buatnya.

Pada Februari lalu, Elyana memaklumkan kanser limfona yang dihidapnya sejak 13 tahun lalu berpotensi untuk kembali aktif meskipun telah disahkan bebas dari barah itu pada Disember 2021.

Difahamkan, penyanyi itu menjalani rawatan tersebut mengikut saranan doktor bagi mencegah barah tersebut kembali aktif. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN