Sasar hasil padi sehingga tujuh tan semusim

Sasar hasil padi sehingga tujuh tan semusim

MOHAMAD Sabu (dua dari kanan) melihat dron untuk pertanian yang dipamerkan sempena Pesta Durian 2025 anjuran Persatuan Pelabur Pertanian Gua Musang (PPPGM) di Dewan Perdana, Gua Musang, Kelantan. UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan  peningkatan jumlah pengeluaran padi dalam negara sehingga tujuh tan metrik dalam tempoh semusim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda seperti yang diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mencukupkan keperluan beras dalam negara.

Katanya, hasil pengeluaran padi sebanyak tiga hingga empat tan metrik semusim perlu dipertingkat sehingga tujuh tan mertik semusim dengan penamaan lima musim dalam tempoh dua tahun.

“Projek penanaman ini sedang berjalan di Kedah dan sekiranya berjalan lancar, insya-Allah jumlah beras cukup hingga tiga kali peningkatan.

“Pengeluaran kena ditingkatkan ke arah tujuh tan sekurang-kurangnya, tetapi di Selangor kita dah capai kira-kira tujuh tan metrik. Kalau pengeluaran beras di Kelantan dan Kedah menyeluruh sehingga tujuh tan metrik, insya-Allah kita tak hadapi kecemasan dan masalah beras pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Pesta Durian 2025 Gua Musang di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, Anwar meminta kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertindak secara bersepadu bagi melaksana program tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN