GUA MUSANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan peningkatan jumlah pengeluaran padi dalam negara sehingga tujuh tan metrik dalam tempoh semusim. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda seperti yang diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mencukupkan keperluan beras dalam negara. Katanya, hasil pengeluaran padi sebanyak tiga hingga empat tan metrik semusim perlu dipertingkat sehingga…









