TEMERLOH: “Dahulu anak saya aktif bersukan, ceria dan tiada masalah kesihatan. Kini dia hanya terlantar lebih 50 hari dengan tiub berbalut di leher dan kepala. Doktor kata penyakitnya boleh menyerang bila-bila masa, seperti bom jangka.” Demikian luah Yusmadi Yusof, 42, bapa kepada Yusrina Shafira, 14, yang kini bertarung nyawa melawan Systemic Lupus Erythematosus (SLE), iaitu sejenis penyakit autoimun yang menyerang sistem imun tubuh hingga boleh menjejaskan otak, paru-paru serta organ…







