GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang tidak lagi perlu membayar harga melambung untuk barang asas apabila kerajaan memperuntukkan lebih RM3.3 juta menerusi Program Pengedaran Barang Perlu di Pos Brooke dan Kuala Betis. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, program selama tiga tahunsehingga 2027 itu memfokuskan kepada enam barangan keperluan asas yang dijual pada harga sama dengan harga kawasan bandar. Katanya, penyeragaman harga barangan itu membabitkan enam jenis barangan utama iaitu, beras putih, gula putih, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya