Rashford sertai Barcelona secara pinjaman

Rashford sertai Barcelona secara pinjaman

MARCUS Rashford bakal diumumkan kelab dari Sepanyol itu dalam amasa yang terdekat . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penyerang England, Marcus Rashford, dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi Barcelona selepas Manchester United bersetuju secara prinsip untuk melepaskan pemain itu ke kelab gergasi Sepanyol tersebut secara pinjaman bagi musim 2025/2026.

Menurut laporan, Rashford bersama ejennya, Dwaine Maynard, telah mengadakan pertemuan dengan wakil pengurusan Barcelona dalam satu kunjungan ke Catalonia minggu lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi masa depan penyerang itu di Old Trafford.

United difahamkan sedia menanggung sebahagian kecil daripada gaji mingguan Rashford yang mencecah 325,000 pound (kira-kira RM2 juta), sementara Barcelona pula bakal diberikan pilihan untuk menjadikan perpindahan itu kekal dengan nilai sekitar 35 juta Euro (RM175 juta) pada akhir musim.

Sumber dalaman turut memaklumkan, keputusan itu mendapat lampu hijau daripada pengendali baharu The Red Devils, Ruben Amorim, yang tidak meletakkan Rashford dalam pelan utama musim ini bersama empat lagi pemain lain.

Difahamkan, Rashford kini menjalani latihan secara berasingan daripada skuad utama sejak beberapa minggu lalu, menunjukkan petanda jelas bahawa tempoh 20 tahunnya bersama kelab itu kian berakhir.

Sementara itu, Barcelona melihat Rashford sebagai peluang terbaik untuk memperkuatkan jentera serangan tanpa perlu berbelanja besar serta sebagai alternatif kepada kegagalan mendapatkan Nico Williams dari Athletic Bilbao.

Dalam pada itu, stesen talkSPORT melaporkan bahawa Rashford bersedia untuk menerima potongan gaji demi memastikan perpindahan ke Nou Camp menjadi kenyataan sekaligus satu langkah yang bertujuan untuk menyelamatkan kariernya yang semakin tenggelam selepas musim hambar 2024/2025.

Sepanjang musim lalu, Rashford hanya mampu menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan meilhatkan satu kemerosotan ketara berbanding 30 gol yang dicatatkan musim sebelumnya.

Jika perpindahan ini dimuktamadkan, Rashford akan menjadi antara bintang England yang beraksi dalam saingan La Liga selepas era Gary Lineker dan David Beckham, dengan harapan dapat memulihkan prestasi dan kariernya yang kian malap.

Barcelona dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai kehadiran Rashford dalam tempoh terdekat, menjadikannya pemain pinjaman pertama kelab itu dari Liga Perdana Inggeris sejak Joao Cancelo musim lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN