Ramai senior tak selesa dengan sikap Siti Hariesa - Utusan Malaysia

Ramai senior tak selesa dengan sikap Siti Hariesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukanlah sengaja nak cari kesalahan orang, tapi kalau sudah beberapa artis senior menyuarakan mengenai sikap pelakon baharu, Siti Hariesa, di set penggambaran, maka tak akanlah Cik Bunga tak ambil perhatian mengenainya bukan. 

Nak dijadikan cerita, dengarnya ramai kalangan pelakon senior tak berkenan dengan sikap Siti Hariesa ini yang dikatakan tak jaga disiplin, buat perangai bukan-bukan di set. 

Dalam erti kata lain, besar kepala jugalah. Cik Bunga sendiri pun pada awalnya suka tengok wajah polos si Hariesa ini di kaca TV, maksudnya dia ada bakatlah. 

Tapi bila cerita-cerita ’kurang enak’  mula sampai ke telinga, terdetik juga di hati, betul ke Siti Hariesa ini makin besar kepala? 

Ada satu momen, kononnya ada aktor tampan ini sudah tahap tak boleh dah nak tengok muka atau berkomunikasi dengan Siti Hariesa kerana terlalu geram dengan perangainya. Cik Bunga pun tertanya, agaknya perangai macam apalah yang pelakon ini buat sampai si aktor dah tak sanggup nak tatap wajahnya. 

Kalau dah sampai tahap itu, mesti aktor itu dah sangat meluat dengan sikap Siti Hariesa. Habis itu? Macam mana nak berlakon? Tetapi dengarnya si aktor profesional saja bila ‘on camera’. Iyalah, kerja tetap kena jalan.

Cik Bunga nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga. Tapi bila dah ramai sangat yang buka cerita, eloklah kalau Siti Hariesa sendiri ambil langkah perbaiki diri sebelum terlambat.

Iyalah, industri hiburan kita ini kecil saja. Hari ini kita di atas, esok-esok tak mustahil nama pun orang tak sebut lagi.

 Jangan biarkan bakat yang cantik itu tenggelam dek ego dan sikap sambil lewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN