Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir pertemuan bersama PM

Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir pertemuan bersama PM

ANWAR Ibrahim menunjukkan isyarat bagus selepas selesai pertemuan dengan MP PH di Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak hadir pada perjumpaan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Pertemuan berlangsung selama satu jam setengah itu berakhir kira-kira pukul 6 petang tadi.

Nik Nazmi ketika dihubungi melalui WhatsApp memaklumkan beliau kini berada di Singapura.

“Saya ada urusan kerja di Singapura, yang dirancang lebih awal,” katanya ringkas.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika ditanya sama ada bekas Menteri Ekonomi itu hadir pada pertemuan itu memaklumkan, beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

“Saya tak ada senarai (tiada senarai Ahli Parlimen PH). Saya duduk dekat belakang,” katanya.

Ditanya mengenai kehadiran Ahli Parlimen PKR lain yang muncul bersama Rafizi pada sidang akhbar sebelum ini, Fahmi berkata, beliau juga tidak pasti mengenai perkara itu namun, mengesahkan ramai yang hadir pertemuan dengan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN