PETALING JAYA: Puteri UMNO perlu tampil sebagai penggerak dan pemacu utama idea serta hala tuju wanita muda dalam era politik negara masa kini. Menurut penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azhar Abd. Hamid, sehubungan itu sayap UMNO tersebut perlu melaksanakan transformasi dalaman dengan menjadi suara mewakili generasi wanita muda yang progresif. Katanya, Puteri UMNO wajar memperjuangkan isu-isu kontemporari seperti ekonomi digital, kepemimpinan wanita, pendidikan, pekerjaan…










