ROMPIN: Penduduk Pulau Tioman, Pahang terus berdepan dilema berpanjangan berikutan ketiadaan kemudahan lapangan terbang komersial dan hanya bergantung kepada perkhidmatan feri serta bot laju. Walaupun wujud lapangan terbang kecil di Kampung Tekek, namun kebergantungannya kepada pesawat ringan dengan jadual penerbangan terhad menimbulkan kekangan serius dalam urusan keluar masuk pelancong dan penduduk. Lapangan Terbang Tioman mula beroperasi sejak akhir 1980-an, dibina bersebelahan Kampung Tekek yang direka sebagai lapangan terbang landasan pendek (STOL) dan sesuai untuk pesawat kecil kerana landasan hanya sepanjang 992 meter. Disebabkan bentuk muka bumi berbukit di hujung selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya