WELLINGTON, NEW ZEALAND: Rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di luar negara terutama dalam bidang kejuruteraa dan sektor profesional lain disarankan untuk pulang dan berbakti di tanah air bagi memajukan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyedari bahawa perkara itu sukar untuk dilaksanakan kerana tawaran gaji di Malaysia masih rendah sehingga mendorong mereka berhijrah ke luar negara. Namun begitu, katanya, ketika melawat Universiti Victoria…










