PETALING JAYA: Proses pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang baharu dilaksanakan secara telus dan berlandaskan sepenuhnya kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perkara 122B memperuntukkan pelantikan kedua-dua jawatan tertinggi badan kehakiman itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Katanya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang dijadual…