KUALA PILAH: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jelai di Johol dekat sini yang bermula April lalu kini mengalami kelewatan berikutan beberapa isu teknikal, termasuk proses pengambilalihan tanah yang masih belum diselesaikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berkata, terdapat beberapa kawasan yang terlibat memerlukan pelurusan sungai, sekali gus memerlukan proses pengalihan termasuk rumah ibadat yang dibina di lokasi projek. “Antara punca kelewatan projek adalah pembinaan…










