Program STI 100³ terima dua pengiktirafan MBOR

Program STI 100³ terima dua pengiktirafan MBOR

KETUA Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Christopher Wong (tiga kanan) menyerahkan sijil anugerah kepada Chang Lih Kang (tengah) pada majlis Peluncuran Program STI 1003 Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program ‘STI 100 on the Power of Three’ (STI 100³)’ melakar sejarah dalam dunia pendidikan selepas menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Dua pengiktirafan tersebut adalah penyertaan saintis teramai dalam program Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan penyertaan sekolah terbanyak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, STI 100³ merupakan aspirasi yang ditengahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, program tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara kementeriannya dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Ini merupakan pendekatan keseluruhan kerajaan, tiada lagi yang bekerja secara silo dan (bersendiri). Saya harap model ini boleh dijadikan sebagai teladan kepada kementerian lain supaya kita boleh bersama-sama menjayakan agenda nasional,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program STI 100³ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohammad Yusuf Apdal.

Lih Kang berkata, kerajaan mempunyai pelbagai pendekatan bagi mencungkil minat pelajar dalam bidang STEM dan Program STI 100³ merupakan salah satu program yang sedang dijalankan.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada pelajar supaya mereka mencontohi saintis-saintis (yang dibawa ke Program STI 100³). Saintis ini bukan semua penyelidik atau profesor dalam institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Ada yang merupakan pengamal dan sedang menjalankan tugas mereka di sektor swasta dalam bidang sains. Maka ini akan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mereka boleh mengaplikasikan sains dalam kehidupan harian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN