PETALING JAYA: Identiti enam rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram ganja ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 16 Julai lalu telah dikenal pasti polis. Kesemua yang ditahan merupakan lelaki berusia antara 27 hingga 70 tahun. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat awal mengenai penahanan itu diperoleh melalui Kementerian Luar namun pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa Kemboja berhubung kes terbabit. “PDRM akan bekerjasama dengan KLN menerusi Malawakil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya