Polis Kelantan serbu pertemuan gay

Polis Kelantan serbu pertemuan gay

MOHD.Yusoff Mamat (tengah) semasa sidang media selepas perhimpunan bulan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyerbu sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa disini yang dijadikan sebagai lokasi penganjuran ‘pertemuan’ gay pada pertengahan Jun lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, bertindak atas maklumat awam itu pasukan khas telah ditubuhkan untuk melakukan intipan terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan pada pukul 1 pagi.

Menurutnya, hasil serbuan mendapati terdapat lebih 20 lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan.

“Intipan awal, lebih 100 lelaki masing-masing berusia 20 hingga 30-an berada di lokasi dan jumlah itu semakin berkurang selepas tengah malam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas banglo itu membawa kepada penemuan ratusan kondom dan ubat HIV,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan awal mendapati tiada sebarang aktiviti persetubuhan telah berlaku namun persediaan ke arah itu sudah wujud.

Katanya, kesemua individu yang ditahan itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, tiga daripada 20 individu telah ditahan kerana memiliki bahan lucah melibatkan gay dan kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Hasil soal siasat ke semua mereka mengakui kumpulan gay dan menganjurkan majlis makan-makan serta perjumpaan tersebut secara percuma dengan menghebahkan maklumat tersebut di media sosial,” ujarnya.

Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mengambil serius perkara itu akan akan melakukan pemantauan berterusan ke atas kumpulan tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN