PUTRAJAYA: Draf pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) akan dibentang di Parlimen pada Mac 2026. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, draf pindaan tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya September ini. “Setelah sekian lama diperjuangkan, kita kini berada di fasa akhir penyediaan draf pindaan Akta 134 yang menyentuh pemilikan tanah masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Julai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)…