PASIR PUTEH: Lebih 300 pesawat kawalan jauh termasuk jet turbain, pesawat perang, Cessna dan helikopter sebenar milik individu mewarnai ruang udara Tok Bali, di sini, sempena Karnival Sukan Udara Kelantan 4.0 yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam. Pengerusi Kelab Pesawat Kawalan Jauh Kelantan, Muzaidi Abdullah berkata, penganjurannya kali ini membabitkan penyertaan pemilik pesawat kawalan jauh seluruh negara dan turut menarik penyertaan dari Taiwan menerusi kehadiran juruterbang kawalan jauh terkenal, Golden Wong. “Karnival yang memasuki edisi keempat di Tok Bali ini bertujuan memperkenal sukan dan rekreasi udara kepada masyarakat Kelantan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya