KOTA BHARU: Pemberian peruntukan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bukan wang ihsan tetapi hak negeri sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pemberian peruntukan itu tidak boleh disebut sebagai ‘ihsan’ dan pandangan mengatakan tanpa Peruntukan Persekutuan, pembangunan di Kelantan tercorot tidak sepatutnya berlaku. “Sebenarnya tidak boleh sebut ‘tanpa’ pun kerana ia hak kita (negeri). Dengan ‘tanpa’ ini orang boleh buat tanggapan, tanpa kerajaan-kerajaan…










