TANGKAK: Perunding hartanah antara empat rakyat tempatan jadi mangsa scammer dalam talian membabitkan kerugian berjumlah RM21,300. Tiga lagi mangsa merupakan peniaga, pekebun dan eksekutif pentadbiran. Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima empat laporan berkait kes penipuan di mana mangsa telah mengalami kerugian barangan kemas dan wang tunai, baru-baru ini. Beliau berkata, modus operasi sindiket membabitkan penipuan tiket loteri awam, pinjaman tidak wujud, pembelian kereta dan…