Pertemuan bersama ahli Parlimen PH sangat bagus - PM

Pertemuan bersama ahli Parlimen PH sangat bagus – PM

ANWAR Ibrahim menunjukkan isyarat bagus selepas selesai pertemuan dengan MP PH di Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuannya dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sangat bagus. 

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan apakah perkara-perkara yang dibincangkan menerusi pertemuan itu yang berlangsung selama satu jam setengah.

“Sangat bagus, Saya nak pergi Shah Alam,” kata Anwar ringkas sebaik didekati sekumpulan pengamal media ketika keluar dari Kompleks Seri Perdana, di sini semalam.

Anwar hanya membuka tingkap kenderaan dan menunjukkan isyarat tanda bagus dan hanya menyebut ‘very good’ dan ‘Shah Alam’ sebelum beredar.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen PH dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlegar ketika ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai milik menteri dan ahli parlimen daripada (PH) dilihat mulai memasuki perkarangan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, sebentar tadi.

Dilihat mula memasuki bangunan itu adalah kenderaan dinaiki Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sekitar pukul 3.45 petang.

Jumaat lalu, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Kompleks Seri Perdana.

Difahamkan, pertemuan itu bagi memperkukuhkan persefahaman dan menjelaskan beberapa isu membabitkan dasar kerajaan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu pemilihan Ketua Hakim Negara, cadangan penyasaran subsidi RON95 serta spekulasi berkaitan cukai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN