Pertemuan Anwar-Macron perkukuh kerjasama strategik Malaysia-Perancis

Pertemuan Anwar-Macron perkukuh kerjasama strategik Malaysia-Perancis

ANWAR Ibrahim bertemu Emmanuel Macron di Istana Élysée, Perancis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron memperkukuhkan kerjasama strategik kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, pertemuan di Istana Élysée itu merupakan penghormatan besar yang mencerminkan hubungan akrab dan saling menghormati antara Malaysia dan Perancis.

“Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, semasa sidang akhbar selepas pertemuan itu, Macron menyifatkan lawatan dua hari Anwar ke Perancis sebagai berjaya apabila kedua-dua negara dapat meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor.

Kata beliau, ia melalui pertemuan peringkat tinggi Anwar dengan Perdana Menteri Perancis, François Bayrou dan pegawai kanan lain, ucapandi Sorbonne University Paris dan pertemuan dengan wakil perniagaan Perancis.

“Lawatan ini merupakan satu kejayaan. Kami juga mendengar ucapan anda (Anwar) di universiti dan itu adalah detik yang amat penting,” katanya.

Macron juga berkata, hubungan Perancis dengan Malaysia dan ASEAN semakin kukuh terutama selepas lawatannya ke Indonesia, Vietnam dan Singapura pada Mei lalu.

“Di Asia Tenggara, saya menegaskan sokongan kami terhadap jaringan tenaga elektrik serantau, termasuk sokongan terhadap tenaga nuklear awam,” kata beliau. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN