KUALA LUMPUR: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio memulakan pertemuan di ibu negara pada ketika ini.
Pertemuan tersebut merupakan kali kedua secara bersemuka di antara Lavrov dan Rubi dimana ia kini diadakan ketika berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58.
Pertemuan pertama antara kedua-dua diplomat tertinggi itu berlangsung di Arab Saudi pada Februari lalu.
Pertemuan kali ini dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha Presiden AS, Donald Trump untuk memulihkan hubungan dua hala dan membantu merundingkan penyelesaian kepada perang yang sedang berlaku. – UTUSAN