Pertandingan karom ala kampung libatkan belia, veteran meriah - Utusan Malaysia

Pertandingan karom ala kampung libatkan belia, veteran meriah

KAMARUL Azman Khamis bergambar bersama para peserta pada pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau, Pedu berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 40 peserta membabitkan golongan veteran dan belia.

Ia dianjurkan Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua RM500 dan tempat ketiga, RM300 serta keempat menerima hadiah wang tunai RM200, kelima, RM100 dan hadiah saguhati berupa sumbangan hamper kepada semua pemenang.

“Pertandingan tersebut bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silatulrahim selain mendekati masyarakat setempat. Ia juga sebagai mercu tanda perpaduan dalam kalangan masyarakat luar handar.

“Sukan menyatukan jiwa dan semangat dan program itu berlangsung dengan semangat kesukanan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN